EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sambut hari lahir ke-37, wajah Jihan Muse tanpa mekap tetap dipuji manis

0 month ago, 13-Sep-2020

Selepas dua minggu menyambut ulang tahun kelahiran ke-37, pengacara popular Jihan Muse menerima satu kejutan majlis yang dijayakan oleh kelab peminatnya, Jihanizer semalam.

Menurut Jihan atau nama penuhnya Nuur Jihan Musa, dia terharu dan berterima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan walaupun menghadapi kekangan masa serta lokasi.

Dah tua2 kena surprise! Tu yang vogue sangat tu OOTD, tu bukan acik kau tau. Tu Jihan Muse. Nama pun terkejut. Alhamdulillah. Terima kasih @jihanizer ingat saya selalu support saya.
Semoga segala doa untuk hari belated ni diangkat dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Amin,tulisnya di laman Instagram.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengakui wajah pengacara program realiti Gegar Vaganza itu kelihatan berbeza namun masih cantik walaupun tanpa mengenakan solekan.

Jihan berkahwin dengan pelakon, Ungku Hariz pada Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki Ungku Arsalan Haq yang kini berusia dua tahun.

: Jihan Muse , Jihanizer


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...