EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sambut birthday awal 10 hari, Nadzmi Adhwa hadiahkan isteri Toyota Alphard

0 month ago, 05-Apr-2021

Pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan isterinya Ardell Aryana merupakan antara pasangan yang cukup sweet dan sering mendapat pujian warganet melihat daripada keharmonian rumah tangga mereka.

Mereka juga tidak lokek berkongsi aktiviti harian bersama keluarga di media sosial masing-masing untuk tatapan para peminat.

Dalam muat naik terbaru Nadzmi di Intagram, dia telah melakukan kejutan dengan menghadiahkan sebuat kereta berjenama Toyota Alphard berwarna hitam untuk isteri tersayang sempena ulang tahun kelahiran pelakon wanita itu.

Walaupun ulang tahun kelahiran Ardell Aryana berlangsung pada minggu hadapan, namun Nadzmi tetap memberikan kejutan dengan memberikan hadiah pada 10 hari awal dari tarikh tersebut.

Kereta itu juga difahamkan diberi bagi menggantikan kereta Ardell yang sebelum ini dijadikan pengangkutan misi kemanusiaan yang disertai oleh mereka.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah memuji tindakan pelakon kelahiran Sarawak itu yang sangat menghargai jasa isterinya.

Mereka turut mendoakan agar hubungan perkahwinan Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana terus bahagia hingga ke akhir hayat bersama anak-anak dan keluarga tersayang.

: Nadzmi Adhwa



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...