EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sambut Anniversary Ke-6 Hanya 15 Orang, CP Sarimah Bahagia Sulam Kasih Bersama TUNKU JAMIE

0 month ago, 09-Apr-2021

Pejam celik rupanya sudah 6 tahun Che Puan Sarimah Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar. Kebahagiaan wanita berdarah kacukan Melayu-Irish ini jelas terpancar melalui air mukanya yang sentiasa ceria.

Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim

Che Puan Sarimah baru-baru ini telah menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama-sama dengan keluarga tercinta. Alhamdulillah, pada 2 April lalu genap usia perkahwinan kami yang ke-6. Kami meraikannya bersama YAM Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin dan ahli keluarga yang lain.

Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim
Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim

Disebabkan situasi sekarang, saya meraikannya secara sederhana di rumah saja dan hanya menerima 15 orang tetamu. Itupun terdiri daripada ahli keluarga sahaja. Kena ikut Prosedur Operasi Standard (SOP) kan, tutur ibu kepada YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin ini sambil tersenyum.

Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim

Imbas semula perkenalan pasangan diraja ini, kedua-duanya nyata saling tidak mengenali antara satu sama lain. Di awal perkenalan Tunku Jamie menonjolkan dirinya seorang yang peramah dan hanya memperkenalkan dirinya sebagai Jamie. Pertemuan demi pertemuan saya mula sangsi dengan status sebenar dirinya.

Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim
Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim

Saya melakukan research di Google dan menemukan jawapan sebenar. Sifatnya yang tidak meninggi diri itu benar-benar memikat hati saya. Jangan tidak percaya beliau merupakan jejaka Melayu pertama yang memberanikan diri mendekati saya, ungkap wanita yang mempunyai Sarjana Muda dalam Psikologi ini.

Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim

Tambah Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih mesra disapa Tunku Jamie, saya juga tidak mengenali siapa sebenarnya Sarimah Ibrahim ini. Saya tahu dia seorang selebriti tetapi tidak tahu apa yang dia buat. Pernah melihatnya di majlis-majlis tertentu juga di majalah lalu saya pun membuat research di Google.

Foto: Koleksi peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim
Foto: Koleksi Majalah Nona

Pencarian tentang dirinya tidak sukar dan baru saya tahu bahawa dia seorang pengacara popular, pelakon dan penyanyi. Sesudah mengetahui dirinya pengacara radio Mix Fm saya mula mengubah selera mendengar saluran itu. Saya juga belajar mengenalinya dengan mendengar single Sarimah yang menampilkan penyanyi pop UK, Simon J Bailey dengan lagu You On My Mind, ujar Tunku Jamie.



SUMBER : nona.my



Live Website Traffic


loading...