EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Azam Baki saman Lalitha, pengurusan kes 15 Feb

0 month ago, 13-Jan-2022



Azam Baki memfailkan saman itu semalam dengan menamakan Lalitha Kunaratnam, 39, sebagai defendan tunggal.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Feb ini untuk pengurusan kes saman Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki terhadap penyelidik kanan Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam atas dakwaan menerbitkan artikel memfitnah berkaitan pembelian saham yang disiarkan portal agensi berita Independent News Service (INS).

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noordura Mohamed Din dalam talian (e-Review) pada 9 pagi.

Azam, 59, selaku plaintif memfailkan saman itu semalam melalui Tetuan Zain Megat & Murad dengan menamakan Lalitha, 39, sebagai defendan tunggal.

Pernyataan tuntutan Azam mendakwa defendan mengarang dua artikel bertajuk Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go? (Bahagian 1)…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

:



SUMBER : hotfm.audio



Live Website Traffic


loading...