EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kes saman fitnah Sultanah Terengganu dibicara Disember

0 month ago, 27-Aug-2021

Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown antara yang dinamakan dalam saman berkenaan.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan empat hari bermula Disember ini untuk perbicaraan kes saman dikemukakan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, terhadap pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain.

Perkara itu dimaklumkan peguam Mervyn Lai yang mewakili Rewcastle Brown ketika dihubungi media di sini, hari iniTerdahulu, kes ditetapkan untuk pengurusan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee secara dalam talian, hari ini.


Mervyn Lai berkata, mahkamah menetapkan 16, 17, 20 dan 21 Disember ini untuk perbicaraan kes dan 10 September bagi pengurusan kes selanjutnya.

"Tarikh perbicaraan sebelum ini pada 11 hingga 14 Oktober dilapangkan," katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Haziq Pillay Abdullah yang mewakili Sultanah Nur Zahirah ketika dihubungi media, berkata empat saksi akan dipanggil memberi keterangan.

Selasa lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Rewcastle Brown dan dua lain untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengecualikan Sultanah Nur Zahirah daripada memberi keterangan.

Saman dikemukakan Sultanah Nur Zahirah itu berhubung dakwaan fitnah membabitkan Terengganu Investment Authority (TIA) dalam buku 'The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose'.

Dalam kes saman difailkan pada 21 November 2018, Sultanah Nur Zahirah mendakwa sekitar Ogos 2018, Rewcastle-Brown bersama-sama defendan kedua mengeluarkan kenyataan fitnah dalam buku bertajuk 'The Sarawak Report - The Inside Story of 1MDB Expose' dan dicetak oleh defendan ketiga.

Saman fitnah itu difailkan terhadap Rewcastle Brown atau Clare Louis Brown; penerbit Gerakbudaya Enterprise, Chong Ton Sin; dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd pada November 2018

Sultanah Nur Zahirah selaku plaintif berkata, fitnah itu antara lain bermaksud beliau mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Terengganu, menggunakan peranan untuk mempengaruhi penubuhan TIA dan menolong ahli perniagaan Jho Low atau Low Taek Jho mendapatkan peranan sebagai penasihat dalam TIA.



............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...