EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Saluran Darah Boleh Tersekat, Doktor Jelas Pakai Mitten & Booties Sebenarnya Tak Elok Untuk Bayi

0 month ago, 25-Jun-2020

Cahaya mata adalah kurniaan terbesar dari Allah S.W.T buat semua. Itu juga merupakan momen paling bahagia buat semua pasangan yang sudah berkahwin. Bagi yang mereka bakal menimang cahaya mata, pasti pelbagai persediaan sudah tersedia seperti membeli set baju bayi, katil, botol susu dan pelbagi lagi.

Tetapi apa yang mereka kurang sedar ialah di antara barangan tersebut, mittens dan booties sebenarnya boleh memberikan kesan yang bahaya kepada baby. Melalui perkongsian oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari melalui laman Facebooknya, beliau memberitahu kesan memakaikan mittens dan booties terlalu lama kepada baby.

Kesan Pemakaian Mittens Dan Booties Untuk Jangka Masa Lama

Ini perkara yang mak ayah semua kena tahu sebelum nak pakaikan Mittens dan Booties lama-lama kat baby kita tu:

1. Bayi kita tu sebenarnya suka sangat kalau dapat explore sense of touch sejak lahir lagi.

Dengan jari halus tu sebolehnya dia nak sentuh semua benda sebab bila dia dapat pegang pelbagai objek dan tekstur, deria sentuhan baby akan lebih teransang. Lepas tu bila baby kita tu mula belajar masukkan tangan dan benda kat dalam mulut, maka ransangan berlaku pulak pada deria rasa. Ransangan tu semualah yang nanti buatkan perkembangan otak si kecil tu jadi lebih hebat.

2 . Tahu tak mata baby kita yang baru dilahirkan tu tak sensetif sangat dan belum dapat nampak persekitaran dengan jelas macam pandangan kita orang dewasa ni.

Dia pun tak sedar yang dia ada dua belah tangan sebenarnya. Sebab tu once dia dapat lihat dan rasa tangan dia tu, baby akan gunakan tangan dan jari dengan lebih kerap. Jadi janganlah mak ayah pelik pulak kalau tengok si comel tu kagum sangat dan boleh je duk seorang diri sambil bermain dengan tangan sendiri.

3. Benda paling menakutkan sebenarnya ialah bila jari baby bertukar jadi warna hitam legam akibat salur darah tersekat

Terpaksa dikejarkan ke bahagian kecemasan gara-gara terjerut atau terlilit benang stoking (Hair Tourniquet Syndrome). Memang kadang tu parent dan pengasuh tak sedar pun jari si comel tu dah tercedera kerana asyik terkurung je dalam sarung kaki dan jarang diperiksa. Tahu-tahu baby kita dah jadi mangsa terkena Hair Tourniquet Syndrome macam dalam gambar tu.

Sebab tu lah seeloknya mittens dan booties ni, tak dipakaikan terlalu kerap. Jangan terpengaruh bila ada orang beritahu takut nanti baby kembung sebab angin masuk ikut kaki. Mengarut je tu.

Paling bagus sebenarnya, bila mak habis berpantang, baby kita tu pun terus berpantang dari benda-benda ni. Biarkan je tangan dan kaki dia belajar meneroka apa yang boleh supaya otak si comel tu dapat berkembang jadi lebih dasyat.

Tolong kongsikan fakta ni dengan mak ayah yang ada baby ye.

: Ahmad Luqman Bukhari

(Visited 1 times, 1 visits today)

SUMBER : rencahrasa.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...