EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Saling tak tumpah seperti dadah, penghantar makanan panik apabila ditahan ekoran bungkusan gula aising donat pelanggannya

0 month ago, 21-May-2020

Donut bukanlah satu hidangan asing bagi rakyat Malaysia, bahkan ia turut merupakan antara makanan yang popular di serata dunia. Kegebuan ditambah lagi dengan tekstur yang lembut membuatkan ianya digemari orang ramai.

Lebih mengujakan lagi apabila bahagian permukaan atasnya dilapisi dengan pelbagai jenis topping yang kita minati. Ada taburan gula aising, saduran coklat yang mewah, karamel, sos strawberi dan bermacam-macam lagi.

Namun baru-baru ini, seorang peminat donat nampaknya mengundang tumpuan warganet apabila kisahnya ditularkan ke laman sosial. Menerusi akaun @HassrayMohamad, terdapat pesanan donut yang meminta gula aising dibungkus berasingan.

@HassrayMohamad/Twitter

Menurut tweetnya itu, penghantar donat itu difahamkan telah ditahan menerusi sekatan jalan raya oleh polis ekoran curiga bahawa dia mungkin membawa dadah selepas melihat bungkusan yang kelihatan seperti serbuk dadah.

Berdasarkan perbualan di aplikasi WhatsApp, pihak polis kemudian telah mengarahkan agar penghantar itu untuk membuka paket itu dan merasanya. Namun penghantar tersebut menolak untuk berbuat demikian ekoran berpuasa.

@HassrayMohamad/Twitter

Nasibnya baik apabila di lokasi sekatan tersebut terdapat seorang korporal berbangsa India yang akhirnya cuba merasa kandungan paket berkenaan. Kasihan si penghantar, mujurlah ia memang gula aising sebenar!

Tweet itu sehingga kini telah diretweet lebih 38,000 kali dan ia ternyata mengundang pelbagai reaksi pengguna yang lain.

@HassrayMohamad/Twitter

@HassrayMohamad/Twitter

@HassrayMohamad/Twitter

Mesti panik habis penghantar makanan itu, bukan? Bermacam-macam pula karenah pelanggan. Itulah risiko yang perlu mereka hadapi dalam memenuhi permintaan orang ramai. Semoga semua urusan penghantar makanan dipermudahkan.

Saling tak tumpah seperti dadah, penghantar makanan panik apabila ditahan ekoran bungkusan gula aising donat pelanggannya Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...