www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Salah tetap saya tapi cuba tengok dulu Tomok komen teguran ustaz

0 month ago, 10-Nov-2018


TEGURANdan nasihat ahli agama kepada Tomok yang berpakaian wanita dalam video muzikBekas Kekasihdisambut baik penyanyi lagu itu.Bagaimanapun, Tomok, 34, meminta golongan agamawan dan netizen menonton terlebih dahulu video muzik tersebut dan mengambil mesej yang cuba disampaikan.

Assalamualaikum banyak perkara yang saya ingin jelaskan di sini tapi kita fokus satu-satu dulu ya. Saya sangat hargai (teguran) dari ustaz sampai ustazah, penuhtimelinesaya dua tiga hari ni.

Salah tetap saya. Ya saya faham perkara itu tapi cuba tengok dulu mesej yang saya nak sampaikan dalam video muzik #bekaskekasihplease?, tulisnya di laman Instagram pada Jumaat.

Tomok terima teguran dan nasihat ahli agama.

Semalam,mStar Onlinemelaporkan Pencetus Ummah (PU) Amin berkata, biarpun video muzik tersebut ada memberi mesej positif dan unsur dakwah namun ia tetap haram dari segi agama.

Menurut PU Amin atau nama sebenar Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, hal itu telah disebut berdasarkan hadis Ibnu Abbas RA.

Saya sudah melihat video muzik itu dan memang benar ada mesej positif dan unsur dakwah tapi cara penyampaian itu tetap salah dan haram.

Menerusi hadis Ibnu Abbas mengatakan Rasulullah SAW melaknat lelaki yang meniru gaya perempuan dan melaknat perempuan yang meniru gaya lelaki.

Walaupun hanya berniat sekadar lakonan dan untuk berdakwah tapi ia tetap haram dan berdosa, ujarnya.

Video muzik tersebut trending di laman YouTube.

Selain PU Amin, pendakwah PU Syed turut meluahkan pandangan yang sama mengenai isu ini di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Tomok turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi teguran dan nasihat berhubung tindakannya mengenakan pakaian wanita tersebut.

Saya terima kritikan korang dengan terbuka. Jutaan terima kasih pada mereka yang menegur saya dengan cara baik ataupun sebaliknya, katanya.

Sebelum ini menerusi sebuah portal berita, Tomok mengatakan tujuan dia berpakaian sebegitu demi menghidupkan lagi jalan cerita dalam video muzik tersebut.

LaguBekas Kekasihadalah ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

TONTON VIDEO:

PU Amin menegur tindakan Tomok yang berpakaian merupai wanita dalam video muzik terbaharu.

PERSOALANmengenai perkongsian foto Tomok berpakaian wanita pada Selasa lalu akhirnya terjawab apabila penyanyi itu sebenarnya menghasilkan muzik video berjudulBekas Kekasihyang dilancarkan pada Khamis.Selain Tomok, aktor Beto Kusyairi juga berlakon dalam karya berkenaan yang menampakkan dia turut berpakaian seperti wanita.

Bagaimanapun imej berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen malah mereka mempertikaikan tindakan selebriti itu yang dianggap tidak menghormati agama Islam yang melarang seseorang tampil dengan imej berlawanan jantina.

Mengulas hal itu, Pencetus Ummah (PU) Amin berkata, biarpun video muzik tersebut ada memberi mesej positif dan unsur dakwah namun ia tetap haram dari segi agama.

Pemilik nama Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim ini berkata, hal itu telah disebut berdasarkan hadis Ibnu Abbas RA.

Saya sudah melihat video muzik itu dan memang benar ada mesej positif dan unsur dakwah tapi cara penyampaian itu tetap salah dan haram.

Menerusi hadis Ibnu Abbas mengatakan Rasulullah SAW melaknat lelaki yang meniru gaya perempuan dan melaknat perempuan yang meniru gaya lelaki.

Beto (kiri) dan Tomok berpakaian merupai wanita untuk video muzik lagu Bekas Kekasih.

Walaupun hanya berniat sekadar lakonan dan untuk berdakwah tapi ia tetap haram dan berdosa, katanya ketika dihubungimStar Onlinepada Khamis.

PU Amin terkenal kerana keberaniannya menegur isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di media sosial sehingga menjadi perhatian netizen.

Dalam pada itu, PU Amin memberitahu apa yang dilakukan Tomok mungkin akan memberi kesan yang negatif kepada golongan tertentu dan boleh menjadi ikutan.

Katanya, ada banyak lagi cara yang lebih sesuai dan betul untuk menyampaikan sesuatu dakwah atau mesej yang baik berbanding berpakaian wanita.

Video muzik lagu terbaharu Tomok mengundang kecaman netizen.

Video muzik itu mungkin akan memberi kesan negatif. Lagi-lagi pada gerakan transgender yang berasakan isu itu bukan lagi sesuatu yang sensitif dalam masyarakat.

Malah, ada kemungkinan besar juga ia akan menjadi satu ikutan. Maksudnya, selepas ini, ramai anak muda atau artis akan melakukan benda yang sama dengan niat hanya suka-suka atau lakonan.

Saya tahu Tomok bukan seperti itu. Tapi sekiranya mahu menyampaikan dakwah perlulah dengan cara yang betul. Saya perlu tegaskan yang haram tetap haram, ujarnya.

Bagaimanapun, usahamstar Onlineuntuk mendapatkan kenyataan Tomok mengenai video muzik itu tidak berjaya.

Namun menerusi artikel sebuah portal hiburan, Tomok mengatakan tujuan dia berpakaian sebegitu demi menghidupkan lagi jalan cerita dalam video muzik tersebut.

laguBekas Kekasihadalah ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih ????

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts