EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Sakitnya Kaisya digigit anjing

0 month ago, 12-Oct-2019

KETIKA kejadian, saya baru hendak menunaikan solat Zuhur dan terdengar tangisan anak. Saya ingatkan dia terjatuh, kata Farhana [emailprotected], 27, menceritakan anaknya Kaisya Amanda Mohamad Sabri, cedera digigit anjing, semalam.

Kejadian berlaku pada 2.20 petang di sebuah taman perumahan di Kulai, Johor, ketika kanak-kanak berusia dua tahun itu bersama neneknya, Shahbanu Moin, 47, keluar untuk membeli aiskrim.

Farhana berkata, tangisan didengari agak berlainan daripada biasa, lalu bergegas turun untuk melihat kejadian sebenar.

Saya tanya suami, dia beritahu Kaisya cedera digigit anjing jiran. Pada ketika itu, bajunya dipenuhi darah dan terdapat luka sedalam lebih dua sentimeter pada lengan dan belakang.

Kebetulan suami baru siap untuk ke tempat kerja selepas solat Jumaat, dia segera membawa Kaisya ke unit kecemasan Hospital Kulai untuk rawatan lanjut, katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sebelum itu, Farhana berkongsi kejadian menimpa anaknya menerusi Facebook dengan menulis: Apa perasaan anda bila anjing jiran gigit anak sampai teruk begini?

Mami reda, tapi papa tidak boleh terima. Anak kau kat dalam tengah cuci luka, nangis jerit-jerit. Kau kat luar hanya mampu dengar dia nangis. Dan kau ikut menangis dari luar.

Status itu mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata menyaran supaya pasangan ini membuat laporan polis.

Farhana berkata, pada hari kejadian, penjual aiskrim kebetulan memberhentikan motosikal berdekatan rumah pemilik anjing terbabit.

Katanya, Kaisya berjalan terlebih dahulu manakala ibu mentuanya masih di belakang kerana dia berjalan agak perlahan.

Saya diberitahu, jiran terbabit tidak menutup pintu pagar dengan rapat dan anjing itu terus menerpa ke arah Kaisya. Dia terjatuh dan cuba melawan, haiwan itu mahu menggigit mukanya.

Waktu itu, bajunya berlumuran darah dan kami terpaksa menggunakan tisu untuk mengelak darah terus keluar. Sebaik tiba di hospital, Kaisya ditahan di wad dan doktor segera mencuci luka itu bagi mengelak jangkitan kuman, katanya.

Bagaimanapun, Kaisya dibenarkan pulang dan doktor memberitahu kanak-kanak terbabit perlu menjalani rawatan susulan di klinik kesihatan setiap hari.

Saya akan mendapatkan surat laporan perubatan dari hospital untuk membolehkan kami mengambil tindakan sama ada saman atau sebagainya terhadap pemilik anjing terbabit, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...