EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sakit berkerusi roda, remaja hidap leukemia cari darah jenis O

0 month ago, 16-Jan-2020

Leukemia merupakan sejenis kanser darah yang berasal daripada sum-sum tulang. Kekerapan penyakit ini terjadi adalah sebanyak tiga dalam 100,000 orang dan dua kali ganda lebih kerap terhadap golongan lelaki berbanding wanita.

Terbaru, seorang remaja lelaki yang berasal dari Sarawak turut mengalami penyakit yang sama dimana dia kini sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.

[MOHON SHARE]

SEKIRANYA KITA BUKAN KETEGORI DARAH 'O' SEKURANG2NYA KITA BANTU ADIK INI DAN FAMILYNYA UNTUK MENCARI PEMDERMA DARAH 'O'

Mohon Bantuan Dan sokongan semua penderma Darah Kategori O
untuk adik : pic.twitter.com/j6Zki3q9GR

Geralt of Rivia (@zuelkiply) January 15, 2020

Menurut seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @zuelkiply, remaja lelaki iaitu Mohd Hafizuddin Saroji sedang memerlukan bantuan daripada penderma berdarah O.

Oleh kerana itu, @zuelkiply telah meminta semua warga Twitter yang membaca tweet tersebut untuk mencari penderma yang sesuai untuk didermakan kepada Hafizuddin.

[Mohon share] Sekiranya kita bukan kategori darah O, sekurang-kurangnya kita bantu adik ini dan keluarganya untuk mencari penderma darah O.

Mohon bantuan dan sokongan semua penderma darah kategori O untuk adik ini, ujarnya.

???????? Mohd Hafizuddin B Saroji
Umur : 17 tahun

????????Wad : Tingkat 5 , Ward HAEMATO, Hospital Umum Sarawak. Kuching.
yang kini MEnjalani

????????RAWATAN KIMOTRAPI #LEUKEMIA

Amat memerlukan

Darah Jenis " O+, 0- "

Geralt of Rivia (@zuelkiply) January 15, 2020

Dalam masa yang sama, dia turut memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan buat remaja yang berusia 17 tahun berkenaan supaya dapat sembuh seperti sediakala.

Posting tersebut mendapat perhatian warga netizen yang rata-ratanya membantu @zuelkiply dengan mengulang kicau tweet berkenaan disamping memberikan kata-kata semangat buat remaja terbabit.

Kesiannya dekat adik Hafiz ni. Korang yang mana duduk borneo tu tolonglah retweet, kot-kot terjumpa penderma yang sesuai. Semoga adik Hafiz sembuh dengan segera. Aamiin!

: Twitter


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...