EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kes Sajat Tunai Umrah Pakai Telekung Isu Kecil, Mujahid Kata Tiada Tindakan Diambil

0 month ago, 12-Feb-2020

Kontroversi Nur Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian wanita lengkap bertelekung baru-baru ini, cukup hangat diperkatakan sehingga mendapat perhatian kerajaan. Tindakannya itu telah memberi imej buruk kepada agama dan negara.

mujahid kes sajat

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata kes berkenaan hanyalah satu isu kecil dan menegaskan sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap Sajat.

Isu Sajat ini sudah jadi isu kecil, tiada komen.

mujahid kes sajat isu kecil

Sebelum ini, Datuk Seri Mujahid meluahkan rasa kesal dengan tindakan Sajat yang didakwa telah mencermakan imej Islam dan menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dengan Arab Saudi.

Terdahulu, agensi pelancongan yang membawa usahawakn kosmetik itu menunaikan umrah mendakwa Sajat mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar. Bagaimanapun, sebaik sahaja berada di Makkah dia menukar penampilannya sebagai jemaah wanita yang lengkap bertelekung.

sajat telekung umrahSelepas dikecam teruk Sajat tampil memohon maaf secara terbuka dan berkata dia tidak mempunyai niat lain untuk ke Makkah selain mahu dekatkan diri dengan agama dan memberi fokus untuk beribadah.

Berita : Malaysia Gazette

Kredit Foto : The Star


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...