EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sajat Dijemput Ke Ellen DeGeneres Show Di US?

0 month ago, 24-Nov-2021

Nama Nur Sajat sekali lagi menjadi sebutan netizen. Selepas diburu pihak polis, Sajat lari bersembunyi di Thailand dan akhirnya memilih jalan untuk berhijrah ke Australia, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sejak akhir-akhir ini telah mendapat perhatian media antarabangsa.

Buktinya beberapa hari lalu, dia telah muncul dalam sesi temubual bersama BBC News menceritakan pengalaman hidupnya sehingga terpaksa berhijrah ke luar negara.

Namun, kali ini populariti Nur Sajat nampaknya tak terhenti di situ saja kerana dia baru-baru ini menerusi satu video di TikTok mendedahkan bakal muncul pula di rancangan popular di Hollywood, The Ellen Show.

@sajat.issa

Bulan 2 Sajat terbang ke singapore

? original sound - sajat.issa

Menerusi video itu, Sajat mendedahkan yang jadualnya sangat sibuk pada tahun depan dan bakal terbang ke Amerika Syarikat pada Januari dan kemudian ke Singapura pula pada Februari.

Dia kemudian mendedahkan akan ke Amerika kerana mempunyai sesi temubual dalam rancangan Ellen yang dihoskan oleh Ellen Degeneres. Makin meletup-letup lah Sajat lepas ini ya. Apa agaknya yang bakal dikongsi oleh Sajat kat Ellen tu? 



SUMBER : rileklah.com



Live Website Traffic


loading...