EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Nur Sajat Akhirnya Mengaku Telah Ditahan JAIS, Luah Dirinya Tak Layak Memeluk Islam

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Usahawan kosmetik Nur Sajat akhirnya mengakui yang dia telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bawah Seksyen 10 Enakmen Janayah Syariah Selangor.

Dia dikatakan telah ditahan reman di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu Bahru untuk disoal siasat.

Video dia dipanggil untuk sesi soal siasat dan penahanannya di pejabat JAIS juga turut dirakam dan disiarkan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi video yang dirakam secara sembunyi itu, Sajat ditahan berhubung dengan laporan pada 23 Februari 2018 berkaitan majlis doa selamat bersama pelajar tahfiz di Seksyen 16, Shah Alam Selangor.

Laporan pada tahun 23/2/2018 pada masa itu saya ada membuat majlis doa selamat dan bacaan Yassin bersama budak-budak tahfiz di wisma saya Seksyen 16 Shah Alam.

Saya pendekkan cerita, saya dilayan tidak wajar, walaupun saya datang memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS. Hak saya sebagai manusia yang telah memberi kerjasama telah direman ditahan di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu Bahru, katanya.

Sajat menerusi video itu juga ada mempersoalkan kenapa dia ditahan kerana menganjurkan majlis doa selamat.

Namun, seorang lelaki dipercayai pegawai JAIS yang dirakam dalam video tersebut memberitahu Sajat tidak ditahan kerana majlis tersebut.

Sebaliknya, terdapat elemen pemakaian di dalam majlis itu yang disyaki salah dan membawa kepada penahanannya.

Menerusi video berdurasi lebih 30 minit yang dimuat naik Sajat, dia turut menyelitkan gambar ketika majlis doa selamat itu diadakan.

Di dalam gambar itu, secara jelas, Sajat mengenakan pakaian baju kurung dan bertudung.

Sajat ketika hadir di pejabat JAIS juga didapati memakai baju kurung tanpa tudung dengan ditemani ibu, bapa serta peguamnya.

Dia turut meraung dan menangis serta menunjukkan tangannya yang luka selepas didakwa digari secara paksa oleh pegawai JAIS.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang setuju dengan tindakan JAIS terhadap Sajat apatah lagi isu jantinanya sering menjadi persoalan sebelum ini.

Namun, terdapat juga beberapa individu yang cuba mempertahankan Sajat dan menganggap tindakan yang diambil itu keterlaluan antaranya ialah peguam, Siti Kasim.

Untuk rekod, Sajat sebelum ini menafikan dirinya ditahan oleh Jais di bawah seksyen tersebut.

Malah, sebelum memuat naik video tersebut, Sajat telah menutup seketika akaun media sosialnya selepas terlalu ramai yang bertanya berkenaan perkara itu.

Dalam pada itu, menerusi ruangan Insta Story miliknya, dia meluahkan bahawa dirinya tidak layak memeluk agama Islam.

Orang mcm aku ni tak layak memeluk Islam sebab orang macam aku ini digari dan dihukum teruk dalam agama ku. Walaupun oku membuat amal sedekah dan wakaf ujian ku sungguh kuat dan mereka nak aku jauhkan diri dari agama aku sayangi.

Bila terjadi macam ini, aku rasa aku makin jauh untuk mendekatbkan diri dengan Allah ujian berat and tindakan tak waar pada diri aku kerana aku bersedekah dengan memakai pakaian wanita, luahnya. KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?



SUMBER : kopiplanet.com



Live Website Traffic


loading...