EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Saintis Singapura temui cara percepat pengujian vaksin

0 month ago, 24-Mar-2020

Singapura: Saintis di Singapura mendakwa telah membangunkan satu cara untuk mengesan perubahan genetik yang mempercepat pengujian vaksin terhadap koronavirus yang telah membunuh lebih daripada 16,000 orang di seluruh dunia.

Saintis di Sekolah Perubatan Duke-NUS, menyatakan bahawa teknik mereka memerlukan hanya beberapa hari untuk menilai potensi vaksin yang disediakan oleh Arcturus Therapeutics, sebuah firma biotek Amerika telah bekerjasama dengan pihaknya untuk ujian berkenaan.

Tempoh masa itu dibandingkan dengan bulan yang biasanya diperlukan untuk ujian berdasarkan tindak balas manusia.

"Anda boleh tahu dari cara gen berubah, gen yang dihidupkan, apa yang dimatikan," kata Timbalan Pengarah Program Penyakit Berjangkit Baru Muncul sekolah berkenaan, Ooi Eng Eong.

Katanya, penilaian pantas terhadap perubahan sedemikian yang dicetuskan oleh vaksin membolehkan saintis menentukan keberkesanan dan kesan sampingannya, dan bukan semata-mata bergantung pada respon dari manusia yang menerimanya.

Pada masa ini, tiada ubat atau vaksin pencegahan yang mensasarkan virus ini, dengan kebanyakan pesakit hanya menerima rawatan sokongan, seperti membantu pernafasan mereka.

Pakar mengatakan bahawa mendapatkan vaksin siap dibangunkan boleh mengambil masa setahun atau lebih.

Ooi berkata, beliau merancang untuk memulakan ujian vaksin pada tikus kira-kira seminggu lagi, dengan ujian manusia dijangka pada separuh kedua tahun ini.

Firma farmaseutikal dan penyelidik di seluruh dunia berlumba-lumba untuk membangunkan vaksin dan rawatan untuk virus itu, yang telah menjangkiti lebih 377,000 individu.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...