EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

KKM sahkan satu lagi kes positif koronavirus babitkan warga Malaysia

0 month ago, 10-Feb-2020

KUALA LUMPUR Satu lagi penambahan kes positif novel koronavirus telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membababitkan seorang warga Malaysia yang baru pulang dari Macau ke Banting, Selangor.

Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr Noor Hisham menerusi satu kenyataan yang menjelaskan bahawa lelaki tersebut berasa tidak sihat dan batuk ketika pulang ke Malaysia pada 1 Februari lalu.

Lelaki itu pada 7 Februari turut mendapatkan rawatan susulan di klinik kesihatan sebelum dirujuk di Hospital Banting. Setelah disaring dan disiasat, dia dikesan mengalami radang paru-paru (pneumonia) dan dimasukkan ke hospital.

Pemeriksaan berikutnya mendapati lelaki tersebut menghidap Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dan seterusnya telah dirujuk dengan segera ke Hospital Sungai Buloh, jelasnya lagi.

Rawatan lanjut dan pemeriksaan daripada sampel klinikal pesakit difahamkan telah pun diambil pada 9 Februari sebelum lelaki terbabit kemudiannya disahkan positif dengan novel koronavirus.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat telah pun dimaklumkan untuk mengambil tindakan siasatan, pengesanan kontak rapat, langkah pencegahan serta kawalan.

Tambah Noor Hisham lagi, pihaknya sudah pun mengambil tindakan sewajarnya dan telah menasihatkan penduduk di daerah Banting agar bertenang. Setakat 9 Februari, sejumlah 17 kes positif koronavirus dicatatkan di Malaysia.

KKM

Ia meliputi tujuh kes pesakit yang sedang dalam siasatan (PUI) jangkitan, lapan kes lagi dalam kalangan kontak rapat dan dua lagi kes dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan.

Penambahan kes ini menjadikan jumlah jangkitan dalam negara adalah sebanyak 18 kes sehingga hari ini. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, hubungi CPRC Kebangsaan di talian hotline 03-8881 0200, 03-8881 0600 atau 03-8881 0700.

KKM sahkan satu lagi kes positif koronavirus babitkan warga Malaysia Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...