JPNT SAHKAN KES PELAJAR SENIOR PUKUL JUNIOR, PUNCA MASIH DISIASAT
0 month ago, 16-Sep-2023

KUALA NERUS: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengesahkan telah menerima laporan berkenaan pergaduhan melibatkan pelajar sekolah menengah di daerah ini, semalam.
Menurut Pengarah JPNT Abdul Muie Ngah, kejadian itu difahamkan membabitkan pelajar tingkatan dua yang memukul pelajar tingkatan satu selepas waktu persekolahan di dalam kawasan sekolah itu.
Katanya, sejurus kejadian, guru sekolah itu telah segera menghantar pelajar tersebut ke sebuah klinik bagi menerima rawatan.
Punca kejadian pergaduhan itu masih disiasat secara terperinci.
Buat masa ini, pihak sekolah mengambil langkah berjumpa keluarga mangsa dan jika mereka mahu membuat laporan polis, JPNT akan memberi kerjasama penuh, katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.
Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan seorang pelajar sekolah menengah dibuli selain dipukul tiga pelajar lain di sebuah sekolah.
Video tersebut turut mendakwa mangsa ditumbuk sehingga sesak nafas dan dipijak sehingga pengsan.AlHijrah Online