EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sahabat Dah Nikah, Saya Masih Mencari Luqman Faiz Dihujani Peminat Nak Jadi Isteri

0 month ago, 22-Nov-2021

Selepas penyanyi Haqiem Rusli selamat mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Anis Sofea di dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya Pada 19 November lalu.

Penyanyi Luqman Faiz iaitu sahabat baik kepada Haqiem dilihat hadir ke majlis berkenaan dengan perasaan gembira dan terharu dengan status sahabatnya yang kini sudah bergelar suami.

Advertisement

Luqman atau nama lengkapnya Luqman Abdul Halim Faiz turut dilihat menitiskan air mata semasa majlis sedang berlangsung.

Luqman, 21, berkongsi video rakamannya yang sedang menahan sebak dan dimuat naik di laman TikTok miliknya.

Sahabat dah nikah, saya masih mencari, tulis Luqman di ruangan kapsyen pada hantaran tersebut.

@luqmnnfaiz Sahabat dah nikah, saya masih mencari ? #haqiemsofea #fyp ? original sound – Luqman Faiz

Menerusi hantaran tersebut, rata rata peminat meninggalkan komen lucu dan dilihat ingin menjadi suri hati penyanyi itu secara sukarela.

Advertisement

Awak cari saya? Saya ada je ni tengah masak air hehe komen seorang pengguna TikTok.

Nanti adalah jodoh tu, entah entah saya, tiber tulis seorang lagi peminat.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kepuraanmu itu mengakui telah memutuskan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya tetapi masih lagi berhubungan baik memandangkan mereka sama-sama membangunkan bisnes tudung Daunshawl.

Haqiem Rusli
2 hari lalu

Lagu 'Hitam Saksi Putih' Simbolik Cinta Haqiem Rusli Dan Anis Sofea

Sahabat Dah Nikah, Saya Masih Mencari Luqman Faiz Dihujani Peminat Nak Jadi Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...