www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tak Sabar Nak Tunggu Filem Mat Kilau Arahan Syamsul Yusoff, Fattah Amin Payung Sikit Video Belakang Tabir. Terbaik!

0 month ago, 14-Feb-2019


Filem terbaru Syamsul Yusoff telah pun habis shooting. Para peminat telah pun mula menunggu bila filem ini akan ditayangkan. Bagi pelakon utamanya Fattah Amin, ini adalah peluang baginya merehatkan diri. Fattah sempat memuatnaik satu video mentah di belakang tabir (rujuk di bawah) untuk tatapan peminat.

 image

Walaupun ada pihak yang mengatakan sesetengah babak menunjukkan pertentangan antara kaum, namun itulah sejarah sebenarnya yang berlaku. Kaum-kaum bukan melayu yang terlibat adalah askar upahan British dan mereka bukan orang Tanah Melayu. Tiada isu di sini.

Awang. ???? #MatKilau

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Dalam Instagramnya, Fattah Amin menulis,

Alhamdulillah since filem#Matkilauarahan@syamsulyusoffilmdah habis shooting abang belanja sikit behind the scene Awang dalam filem ni. Sama-sama nantikan filem Epik ini di pawagam okay. ????

Pelbagai reaksi peminat tentang filem ini,

Tak sabar nak lihat di pawagam

Yesss!!!. Tunggu dgn penuh sabarrrr ni.all the best#MatKilau????????????????

Terbaik lah abg fattah amin ????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Saya harap lakonan abang dalam filem ni tak menghampakan. Moga dpt mempertingkatkan krebiliti dan kualiti lakonan abang. Good luck

Tak sabaq laa nak tgok filem Mat Kilau terutamanya Awangggggg@fattahaminz. cepat laa release kat wayang ????????????????

Image result for fattah amin matkilau

Tonton Video:

Mat Kilau Buah Tangan Terbaru Syamsul Yusoff

Sahih! PelakonMohamed Hadi Putera bin Halimatau lebih dikenali sebagai Datuk Adi Putra, 37, akan memegang watak seorang pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau.

Namanya pun sudah tertera menduduki senarai barisan teratas pada poster pelancaran filem Mat Kilau terbitan Studio Kembara yang akan disempurnakan pada malam ni di pekarangan FINAS.

Filem aksi yang diinspirasikan dari kepahlawanan Mat Kilau ini bakal digalas oleh pengarah muda, Syamsul Yusuf dengan barisan pelakon lain terdiri daripada nama-nama hebat seperti antaranya Beto Kusyairy, Rahim Razali, Namron, Johan Asari, Fattah Amin mahu pun Nadiya Nissa.

Khabarnya, ini percubaan kali ketiga pihak penerbit, Studio Kembara untuk merealisasikan impian mereka memperjuangkan semangat kepahlawanan Melayu ke layar perak.

Pada asalnya kami mahu terbitkannya sebagai telemovie sahaja tetapi ternyata hasrat itu tidak kesampaian malah percubaan kali kedua pun tidak mencapai kehendak serta harapan kami, ujar Rahman Dali selaku penerbit bersama adiknya, Shahruddin Dali sewaktu dihubungi.

Kami berharap filem dibawah arahan Syamsul Yusof ini dapat memenuhi kehendak kami bagi mencetuskan semangat patriotik yang kini begitu tipis sekali di dalam jiwa anak-anak muda, sambung Shahruddin yang juga bertindak sebagai penulis skripnya.

Sebuah gudang dibina pada set penggambaran filem Mat Kilau di Bota, Perak.

Set penggambaran filem hampir 65% siap di mana sebahagian besar daripada lokasinya akan berlangsung di Bota, Perak, memandangkan tiada kawasan lapang yang sesuai dapat ditemui di Pahang.

Filem Mat Kilau yang bakal menjalani penggambaran bermula 1 April ini selama dua bulan dijangka ditayangkan pada pertengahan hujung tahun 2019 di mana segala urusan pemasaran dan pengedaran di bawah tanggungjawab Skop Productions Sdn Bhd.

Pertemuan penerbit, Rahman (dua dari kanan) dan Shaharuddin (kanan) bersama Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof malam tadi.

Ditanya sasaran Studio Kembara terhadap pulangan filem yang memakan belanja jutaan ringgit ini memandangan filem-filem berbaur epik sebegini mungkin kurang mendapat sambutan, jawab Shaharuddin:

Anggaplah ini sumbangan kami kepada Negara, kami berserah kepada Allah, itu kerja Tuhan tetapi yang penting kami mahu menyampaikan mesej patriotisma kepada kalangan anak-anak muda sekarang. Mereka perlu tahu bagaimana susah payahnya perjuangan tok nenek kita dahulu demi mempertahankan kedaulatan Negara.

Mat Kilau bin Imam Rasu atauTok Gajah merupakan seoang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang. Beliau lahir pada tahun 1847 dan meninggal dunia kerana keuzuran pada tahun 1970 dalam usia 122 tahun. (walau bagaimana pun fakta usia ini masih dipertikaikan kerana tiada dokumen pengesahan diperoleh).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih ????

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

: InstagramFattah Amin / Xtra





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts