EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

MKN Sabah usir 409 PATI warga Indonesia pulang ke negara asal

0 month ago, 30-Jun-2020

Majlis Keselamatan Negaran (MKN) Sabah hari ini menghantar pulang 409 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia melalui jalan laut dari Pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia.

Pengarah MKN Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kejayaan pengusiran itu atas faktor kerjasama baik diberikan kerajaan Indonesia seperti mana dalam siri-siri pengusiran terdahulu.

Ini pengusiran siri ke-19 melalui laut bagi tahun 2020 melibatkan PATIIndonesia.

Selain itu, pengusiran 11 PATI warganegara Pakistan, China dan Sri Lanka dijalankan melalui udara yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sabah.

Sehingga kini jumlah pengusiran PATIsepanjang tahun ini ialah4,355 orang.

Beliau dalam pada itu berkata, kerjasama masyarakat adalah penting terutamanya majikan agar tidak melindungi dan menggaji PATIuntuk bekerja.

: Bernama


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...