EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

PRN Sabah : Saingan tiga penjuru di DUN Sulaman

0 month ago, 12-Sep-2020


TUARAN - Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Sofian Alfian Nair mengumumkan senarai calon yang bertanding kira-kira jam 10.50 pagi tadi selepas proses penamaan calon di Dewan Seri Sulaman di sini ditutup pada 10 pagi.

Sofian berkata, selepas menyemak kertas pencalonan, pihaknya berpuas hati dan tiada calon yang ditolak pencalonan.

PN mempertaruhkan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi mempertahankan kerusi DUN itu yang sebelum ini milik Barisan Nasional (BN).

Calon PCS, Datuk Rekan Hussein menjadi individu pertama mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.05 pagi dan diikuti Hajiji jam 9.10 pagi, manakala calon Warisan, Datuk Aliasgar Basir menyerahkan pencalonan pada jam 9.12 Pagi. - SH

SUMBER : 1media.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...