EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sabah perkenal penggunaan aplikasi Sabahtrace untuk menyimpan maklumat pelanggan

0 month ago, 19-May-2020

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah melancarkan aplikasi Sabahtrace melalui Pusat Gerakan COVID-19 negeri Sabah pada 18 Mei.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan berkata, aplikasi Sabahtrace akan digunakan oleh kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan pengusaha dalam sektor industri dan aktiviti perniagaan di Sabah.

Menurutnya, bagi menggunakan aplikasi Sabahtrace, pengguna hanya perlu mendaftar di laman sesawang https://sabahtrace.my untuk mendapatkan QR ID Entry dan seterusnya mencetak QR Code.

sabahtrace/Paparan Skrin

Pengguna seterusnya boleh mencetak QR Code Sheet untuk dipamerkan di ruang pintu masuk utama premis masing-masing, jelasnya.

Para pekerja dan pelanggan hanya perlu menggunakan aplikasi QR Code Reader, kata Datuk Safar Untong dalam pelancaran aplikasi tersebut.

Beliau berkata aplikasi QR Code Reader bagi membolehkan imbasan ke atas QR Code Premise.

Pengguna seterusnya boleh mendaftarkan nama dan telefon ke dalam sistem berkenaan, katanya.

Dengan pengenalan aplikasi ini, penyimpanan maklumat pelanggan ketika berurusan termasuk suhu badan pengguna akan direkodkan ke dalam sistem secara automatik dengan selamat dalam usaha kerajaan negeri Sabah memerangi penularan wabak Virus Parti Komunis China (COVID-19).

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah Virus PKC terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang membenarkan virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Sabah perkenal penggunaan aplikasi Sabahtrace untuk menyimpan maklumat pelanggan Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...