EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Sabah julang trofi Liga Perdana

0 month ago, 13-Jul-2019

SABAH membuktikan mereka layak bergelar juara Liga Perdana musim ini apabila meneruskan momentum kemenangan menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.

Kedua-dua pasukan dilihat sedikit sukar menguasai bola pada perlawanan itu berikutan keadaan padang licin akibat hujan sepanjang permainan berlangsung.

Kelantan memiliki peluang m-7 menerusi penyerang import mereka, Li'mam Seydi namun cubaan melepasi penjaga gol tuan rumah, Rozaimie Rohim berjaya dihalang Maffry Balang sebelum bola sempat bergolek masuk ke gawang.

Dua minit kemudian, Alto melakukan rembatan kencang menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti namun terus menuju ke dakapan penjaga gol Kelantan, Mohammad Fikri Che Soh.

Tambadau menggandakan usaha mencari gol dan berjaya mendapatkan sepakan penalti m-55 selepas Rodoljub Paunovic dikasari Mohd Farisham Ismail di dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, sepakan Paunovic ditepis keluar oleh Fikri seterusnya memberikan sepakan sudut kepada Sabah.

Sepakan penjuru diambil Ahmet Atayev kemudian menceriakan lebih 10,000 penyokong apabila bola gagal ditangkap kemas penjaga gol dan terus masuk ke dalam gawang menjadikan kedudukan 1-0.

Tersentak dengan jaringan itu, Kelantan cuba mencari gol penyamaan dan hampir memperolehinya pada minit ke-61 namun dua cubaan berturut-turut mereka diselamatkan Rozaimie serta terkena palang.

The Red Warriors juga memiliki peluang terbaik m-87 menerusi Nik Akif Syahiran yang hanya berdepan Rozaimi tetapi penjaga gol Sabah itu lebih cemerlang menyelamatkan keadaan.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com