EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

PRN Sabah: Christina berdepan saingan 9 penjuru

0 month ago, 12-Sep-2020


Kota Kinabalu: Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew berdepan saingan sembilan penjuru untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Pengurus Pilihan Raya DUN Api-Api, Robert Lipo mengumumkan perkara itu, hari ini sejurus pencalonan di Wisma Wanita, di sini ditutup.

Antara pencabar utama pastinya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Dr Yee Moh Chai daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Calon lain ialah Presiden Parti Demokratik Liberal, Datuk Chin Su Phin; Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Pang Yuk Ming; Timbalan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Lo Yau Foh dan wakil Parti Gagasan Rakyat Sabah, Chong Tze Kiun.

Turut bertanding di kerusi sama, tiga calon Bebas iaitu seorang arkitek, Sim Sie Hong; ahli perniagaan, Ng Chun Sua dan peguam, Marcel Jude.

Dalam pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Liew mempertahankan kerusi DUN berkenaan selepas menang dengan majoriti 2,954 apabila memperoleh 8,174 undi menentang Moh Chai. - SH

SUMBER : 1media.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...