EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Rupa-Rupanya Ini Sebab Mengapa Kucing Peliharaan Kita Suka Mengikut Ke Bilik Air

0 month ago, 08-Apr-2021

Untuk yang memelihara si bulus ataupun kucing mesti mempunyai pengalaman yang mana diekori kucing apabila kita ingin ke tandas, bukan setakat mengekori sahaja ada juga kucing yang mengikut masuk sehingga ke dalam tandas dan ada juga yang sekadar memerhati dari tepi.

Dan apabila kita tidak membenarkan kucing masuk sekali ke dalam tandas, ada sesetengah kucing mengiau di luar pintu tandas tersebut dengan niat untuk membenarkannya masuk sekali ke dalam tandas.

Cuba fikir kenapa dalam tandas jugak kucing mahu mengekori kita ?

1. Kucing tidak boleh tengok pintu tertutup

Buat pengetahuan semua, kucing sangat tertarik pada apa sahaja yang berlaku di dalam kawasannya sehinggakan menghabiskan masa berjam-jam semata untuk mengawasi kawasan mereka sahaja sama ada kawasan tersebut selamat untuk dijadikan tempat makan minum mahupun tidur;

Kucing juga suka untuk menerokai setiap sudut di tempat kawasannya sehinggakan ke dalam bilik air, disebabkan itu juga kucing suka untuk mengekori setiap sudut ke mana penjaganya pergi.

2. Kucing suka memerhati tingkah laku penjaganya.

Sudah menjadi sifat kucing untuk memerhati penjaganya sehinggakan penjaganya tengah santai di sofa tetiba ada mata mata yang memerhatinya, mata itu adalah kucing peliharaanya

Mungkin kucing ingin bermanja ataupun ingin bersama penjaganya untuk membuatkan mereka berasa tenang

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!



SUMBER : lepatpisang.com



Live Website Traffic


loading...