EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Runtuhan lombong: 50 dikhuatiri maut

0 month ago, 12-Sep-2020

Kinshasa: Kira-kira 50 individu dikhuatiri maut dalam runtuhan lombong emas di barat Congo, semalam.

AFP melaporkan, perkara itu disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, hari ini

Kemalangan di lombong sementara itu dilaporkan berlaku di Kamituga terletak di wilayah Kivu Selatan.

Kejadian dipercayai berpunca daripada hakisan tanah yang disebabkan oleh hujan lebat.

Gabenor Wilayah, Theo Ngwabidje Kasi dalam satu kenyataan memaklumkan kebanyakan mangsa adalah orang muda.

Sementara itu, Datuk Bandar Kamituga, Alexandre Bundya berkata pihaknya belum dapat memastikan mangsa yang terbabit.

The Guardian melaporkan, gambar tular di media sosial menunjukkan ratusan individu berkumpul di lereng bukit sekitar pintu masuk lombong.

Menurut rekod, kejadian itu sering kali berlaku di lombong di Congo, dengan puluhan kematian dilaporkan setiap tahun.

Oktober tahun lalu, 16 individu terkorban akibat tanah runtuh di sebuah lombong emas.

Sementara itu, 43 pelombong dilaporkan mati akibat tanah runtuh di sebuah lombong tembaga dan kobalt pada Jun 2019.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...