EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Rumah Tangga Berdepan Dengan Masalah, Siti Saleha Tuntut Cerai

0 month ago, 13-Oct-2021

Tiada angin tiada ribut, perkara yang tidak pernah terlintas difikiran siapa-siapa tentang permasalahan rumah tangga yang sedang dihadapi oleh pelakon, Siti Saleha.

Advertisement

Terbaharu, Siti Saleha selaku plantif hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu tadi bagi sebutan kes penceraiannya.

Prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira jam 10 pagi turut dihadari suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho)

Advertisement

Kisah masalah rumah tangga pelakon drama7 Hari Mencintaiku ini agak mengejutkan kerana aktres ini sendiri tidak pernah berkongsikan hal peribadinya secara terbuka di media sosial dan pihak media.

Menurut mStar, kelihatan kali terakhir Siti Saleha atau mesra dipanggil Sally, berkongsi foto bersama suami adalah pada Mac lalu ketika menyambut hari kelahiran suaminya itu.

Siti Saleha dan suami

Sekadar info, Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 Julai 2017 dan selepas empat tahun bersama, mereka masih belum mempunyai rezeki untuk dikurniakan cahaya mata.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Rumah Tangga Berdepan Dengan Masalah, Siti Saleha Tuntut Cerai first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...