EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

4 unit rumah panjang di Jln Ikan Emas dijilat api

0 month ago, 17-Sep-2020

 
Kira-kira 50 anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian di Jalan Ikan Emas. - Gambar milik Jabatan Bomba dan Penyelamat.


KUALA LUMPUR: Empat unit rumah panjang di Jalan Ikan Emas, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

 

Komander operasi kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rodzlan Othman berkata, tidak ada yang cedera dalam kejadian itu.

 

Jabatan menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran pada jam 3.59 pagi hari ini.

 

"Sepasukan 51 anggota bomba dengan 12 trak dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Pudu dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.

 

"Selain rumah panjang, sebuah kereta dan motosikal juga musnah dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Dia berkata, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 4.20 pagi, dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kebakaran.

 

"Siasatan masih dijalankan untuk menentukan punca kebakaran serta anggaran kerugian. Semua penghuni unit terjejas selamat," katanya.

 

NST


SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...