EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Rumah No. 107 Kembali Temui Penonton Untuk Musim Yang Kedua

0 month ago, 08-Jun-2021

Selepas berjaya memenangi hati penonton dengan pengisian menarik dan penuh berinformasi sepanjang bersiaran di musim yang pertama Jun tahun lalu, program sketsa dan bual bicara komedi terbitan Astro Warna,Rumah No. 107kembali menemui penonton.

Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata, keputusan pihaknya mengembalikan semula Rumah No. 107 ini setelah melihat kepada sambutan yang diberikan peminat pada musim yang lalu.

Pengisiannya yang dilihat kreatif danluar dari kotakapabila mengangkat kisah-kisah inspirasi dan juga pengalaman barisan selebriti sebelum menempa nama dalam industri ternyata berjaya menambat hati peminat.

Walaupun berlatarbelakangkan sketsa komedi, topik-topik perbincangan yang diketengahkan Rumah No. 107 terutamanya dalam segmenPillow Talktelah berjaya membuka hati selebriti jemputan untuk berkongsi kisah dan pengalaman hidup masing-masing, ujarnya.

Menariknya, Rumah No. 107 sekali lagi mengekalkan pemain utamanya sebagai pengemudi, dengan diketuai oleh pelakon, penyanyi, pengacara, penulis skrip dan pengarah versatil tanah air iaituKhir Rahman.

Dia turut ditemani barisan pelawak dan pelakon komedi popular negara sepertiJoey Daud danVicha yang masing-masing pertama kalinya ditampilkan pada musim lalukekalmemegang watak asal.

Ia mengisahkan Tok K (Khir Rahman),seorang datuk berumur dalam lingkungan 50-an yang mempunyai penyakit mudah lupa namun tetap meminati dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini industri seni tanah air.

Dia ditemani Joey (Joey), cucu kepada Tok K yang agak nakal, memiliki mulut yang agaklaserdan gemarmenyakat anak-anak gadis, manakala Ropie (Ropie) merupakan jiran mereka dan rakan karib kepada Tok K yang kini telah mengahwiniBibik Cha (Vicha).

Bersiaran sebanyak lapan episod dengan berdurasi 90 minit setiap episodakan menyaksikan penglibatan ramai nama-nama tersohor tanah air sebagai selebriti jemputan.

Di antaranya termasuklahLinda Onn, Halim Othman, Zamani, Ameng SPRING, Dato Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Zul Huzaimy, Abby Abadi, Didie Alias, Zizi Kirana dan Kumpulan ELITE (Watie, Azza, Linda Raafar).

Tidak ketinggalan ia turut menampilkan Catriona Ross, Zarina Zainuddin, Saiful Apek, Dato Chef Wan, Syanie, Nabilla Razali, Datin Marlia Musa, Angeline Tan, Dato Aznil Hj. Nawawi, Awal Ashaaridan ramai lagi nama-nama yang disegani ramai.

Jangan lupa saksikan Rumah No. 107 pada setiap hari Jumaat yang sudah bermula pada 4 Jun lalu, jam 9.00 malam di Astro Warna saluran 107 HD dan 127 SD.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, anda juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan platform On Demand. KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?



SUMBER : kopiplanet.com



Live Website Traffic


loading...