EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Rumah Harry Potter Sekarang Ada Di Airbnb, Harga Semalam RM500 Ke Atas

1 month ago, 07-Nov-2019

Berita gembira buat semua peminat Harry Potter! Sekarang rumah zaman kanak-kanak Harry sudah boleh diduduki. Semuanya terima kasih kepada Airbnb yang menyediakan peluang keemasan ini.

Foto Airbnb

Dilaporkan, peminat fiksyen JK Rowling kini boleh tumpang tidur diThe De Vere House di Lavenham, Suffolk, England.Untuk tinggal di kediaman ikonik di mana ibu bapa Harry secara tragis dibunuh oleh Lord Voldemort, pengembaraboleh menempah melalui Airbnb.

Foto Airbnb

Rumah dua bilik tidur ini dilengkapi TV, wifi, ruang tamu, bilik tidur dan taman di halaman.Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati sarapan Inggeris.

Foto Airbnb

Pemilik rumah, Jane dan Tony Ranzetta telah tinggal di rumah ini selama lebih daripada 20 tahun. Jane berkata penduduk tempatan dan media sering merujuknya sebagai Rumah Harry Potter.

Foto Airbnb

Walau bagaimanapun, pelancong yang bercita-cita juga dinasihatkan supaya berhati-hati kerana harta di rumah Harry Potter tidak sesuai untuk haiwan peliharaan dan kanak-kanak.

Foto Arkib Wanista

Kepada sesiapa yang nak duduk rumah Harry Potter, sila berbuat tempahan sekarang.


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...