EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Rumah Hangus, Ibu Tunggal Tinggal Sehelai Sepinggang

0 month ago, 30-Jun-2020


Rohaini bersama dua anaknya, Fieda Azwa , 28, dan Amira Natasha,9, yang juga OKU melihat sisa kebakaran.
KUALA NERUS, 30 Jun - Seorang ibu tunggal termasuk seorang anak kelainan upaya tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di kampung Pulau Duyong Kecil hangus dijilat api, hari ini.

Dalam kebakaran kira-kira jam 1.40 petang itu, rumah pusaka yang didiami Rohaini Yusof, 52, musnah seratus peratus.

Menurut Rohaini, ketika kejadian dia bersama empat lagi anaknya berada di kawasan halaman rumahnnya.

Katanya, sejurus selepas itu dia terlihat asap dari ruang tamu sebelum disusuli api besar membakar kediamannya.

"Selepas itu, kita beritahu jiran dan suaminya menelefon Bomba.

"Jadi, tak sempat hendak ambil belaka surat beranak ke apa, lari sehelai sepinggang," katanya ketika ditemui di lokasi, petang ini. 


Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mokhtar Dollah memaklumkan menerima panggilan pada jam 1.44 petang sebelum jentera bomba dengan kekuatan 23 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya ketika sampai ditempat kejadian api marak sedang membakar kediaman berkenaan.

"Di lokasi, kita dapati kebakaran 100 peratus melibatkan rumah jenis sementara kekal dan kita gunakan tiga jentera  Fire Rescue Tender (FRT), satu water tanker dan satu Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

"Kita mengalami sedikit kesukaran untuk sampai di lokasi kebakaran akibat jalan terlalu sempit  dan juga pili bomba berada lebih kurang 400 kaki dari tempat kejadian," katanya.

Tambahnya, setakat ini, pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian.



: teganukita.net

SUMBER : terengganu11.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...