EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Suri rumah rugi RM7,500, angkara Old Money Collector

1 month ago, 05-Nov-2019


Seorang suri rumah mendakwa kerugian RM7,500 selepas terpedaya dengan tawaran membeli syiling lama oleh individu tidak dikenali, bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 36 tahun itu mendakwa menerima pesanan WhatsApp pada 25 Okt lalu daripada lelaki dikenali sebagai Mr Kaypaul mendakwa mencari syiling lama.

"Mangsa tertarik dengan tawaran harga tinggi menyebabkan dia bersetuju menjual wang lama miliknya pada harga RM5,000 dengan persetujuan bayaran diselesaikan pada hari yang sama.

"Pada 1.26 tengah hari, suspek memaklumkan wang sudah dipindahkan ke akaun mangsa namun mangsa perlu membuat beberapa bayaran sebelum boleh mengeluarkan wang itu kerana melibatkan transaksi luar negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa yang mempercayai dakwaan itu telah memasukkan wang ke dalam empat akaun diberikan suspek sebanyak 20 kali secara beransur-ansur sehingga semalam, yang akhirnya berjumlah RM7,500.

Mangsa bagaimanapun, berasa curiga kerana bayaran yang dijanjikan tidak pernah diterima menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh dekat sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

: Bernama

SUMBER : thereporter.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...