EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ajal di ruang gear pesawat

8 month ago, 09-Jan-2020

Paris: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui mati selepas sebuah pesawat mendarat di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris, petang Selasa lalu.

DailyMail melaporkan kanak-kanak itu adalah penumpang haram yang bersembunyi di bahagian gear pendaratan pesawat Air France dari Ivory Coast, Abidjan.

Mayat kanak-kanak itu ditemui pada bahagian gear pendaratan oleh kakitangan lapangan terbang berkenaan sejurus pesawat Boeing 777 berkenaan mendarat, pada 5 petang.

Seorang pegawai polis Perancis berkata, mangsa adalah seorang kanak-kanak Afrika yang masih belum dikenal pasti identitinya dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

PERJALANAN antara Abidjan ke Perancis sejauh 3,000 km mengambil masa enam jam. FOTO Agensi

Sementara itu, menurut laporan media Perancis, mangsa juga seorang pelarian kanak-kanak , namun masih terlalu awal untuk mengesahkan umurnya.

Air France menzahirkan rasa simpati dan duka cita dengan kejadian tragis menimpa kanak-kanak itu.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu mengesahkan penemuan mayat kanak-kanak berkenaan pada bahagian gear pendaratan.

Perjalanan antara Abidjan, sebuah bandar utama di Afrika barat ke Perancis mengambil masa enam jam.

Tindakan kanak-kanak itu mengundang bahaya dan jarang berlaku.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...