www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Buka ruang penaja baharu

0 month ago, 16-Mar-2019


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) melihat penamatan kontrak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bersama Telekom Malaysia (TM) akan membuka ruang serta peluang penaja lain untuk sama-sama memeriahkan dunia bola sepak negara.

Presidenya, Dato’ Hamidin Mohd Amin berkata, FAM dan MFL perlu terbuka dan segera mencari penaja baharu memadangkan sebelum ini banyak penaja yang turut menyatakan keingginan.

“Macam tajaan sebagaiman dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, kita kena terbuka dan sebelum ini juga ada banyak penaja yang berminat namun tiada ruang untuk masuk.

“Kami kena proaktif, segera mendapatkan penajaan, sebelum ini TM mengawal Piala Malaysia mungkin selepas ini penaja yang tidak dapat masuk akan menjadi penaja untuk perlawanan-perlawanan lain, ini membuka peluang kepada penaja lain,” jelasnya ditemui media selepas Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL, di Johor Bharu, semalam.

Sementara itu, Kevin turut memberi jaminan kesemua 23 pasukan yang bertanding tidak perlu risau kerana MFL berkerja untuk memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.

“Apa-apa halangan akan diatasi MFL, dalam beberapa minggu lagi kita akan buat pengumumuan, mungkin akan bagi lebih peruntukan kepada pasukan,” ujarnya.

Semalam Ahli Lembaga Pengarah MFL mencapai sepakat untuk menamatkan kontrak penajaan bersama TM yang ditandatangani pada 29 Januari 2018 untuk tempoh lapan tahun.

Buka ruang penaja baharu Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts