www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Rosmah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk sebutan semula kes

0 month ago, 08-Nov-2018



KUALA LUMPUR - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi bagi menghadiri sebutan semula kesnya melibatkan 12 pertuduhan dalam pengubahan wang haram dan lima pertuduhan kerana gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau yang memakai baju kurung berwarna jingga tiba di mahkamah pada pukul 8.45 pagi turut ditemani suami, Datuk Seri Najib Tun Razak serta anak lelakinya, Mohd. Nor Ashman.


Loading...
Pada 4 Oktober lalu Rosmah, 67, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh dua jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-12, beliau didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu terlibat secara langsung melalui 227 transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM7,097,750 dan dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad miliknya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, cawangan Bangunan Getah Asli, tingkat bawah, 148, Jalan Ampang di sini antara 4 Disember 2013 hingga 8 Jun 2017.

Bagi pertuduhan ke-13 hingga 17, Rosmah didakwa telah melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram iaitu terlibat secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram iaitu dengan gagal membuat penyata pendapatan berjumlah RM7,097,750 bagi tahun 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di bangunan LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim antara 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Bagi kesemua kesalahan itu, Rosmah didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - KOSMO ONLINE


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts