EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

EGM rosakkan UMNO, Saya ramal ROS akan tolak - Penganalisis Politik

0 month ago, 15-May-2022

Hari ini 15 Mei 2022, UMNO mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi meminda perlembagaannya supaya Pemilihan parti dibuat selepas 6 bulan daripada Pilihanraya Umum. Perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO. 

Tujuan utama supaya Zahid Hamidi kekal menjadi Presiden. Supaya Zahid Hamidi kekal dan berkuasa menentukan calon-calon PRU-15. Itu sahaja tujuan EGM ini. 

Inilah masalah besar UMNO di peringkat kepimpinan. Zahid tahu rakyat jelek kepada perbuatan rasuahnya yang sedang diadili di mahkamah tetapi masih mahu kekal memimpin UMNO. Zahid tahu dia tidak boleh berdepan rakyat semasa PRU15, juga tidak pun boleh jadi Poster Boy UMNO, tetapi tetap mahu menjadi Presiden UMNO supaya dapat menekan Kerajaan. Itulah tujuan sebenar pindaan perlembagaan.

Saya ramal ROS tidak akan mengesahkan EGM ini kerana ia dibuat tidak mengikut tatacara yang betul. Betul UMNO boleh buat EGM sesuka hati mereka. Betul UMNO boleh membelakangkan ROS. Tetapi tidak betul jika beranggapan ROS boleh menerima sewenang-wenangnya keputusan EGM itu.

Bukan kerana ROS di bawah Hamzah Zainuddin, Menteri KDN. Sebabnya SUA UMNO tidak melaksanakan tanggungjawab dengan betul. ROS sudah warning pemilihan parti UMNO mesti dibuat sebelum 29 Disember 2022. ROS telah mengeluarkan kenyataan rasmi kepimpinan UMNO sekarang hanyalah kepimpinan Caretaker sahaja.

Kita kena faham pentadbiran UMNO sekarang bersifat Caretaker sahaja. Presiden caretaker, Timbalan caretaker, SUA caretaker dan semua caretaker tidak boleh membuat keputusan besar seperti meminda perlembagaan. Perlu buat Pemilihan parti dulu dan kepimpinan baru nanti barulah boleh buat pindaan perlembagaan.

Oleh kerana UMNO degil, buatlah. Tetapi jika ROS esok tidak menerima EGM ini SUA jangan pula lebih sudu dari kuah. Rosak UMNO. Rakyat tengok jelek dan buruk. Ingatlah, UMNO tidak akan menang dengan ahli UMNO sahaja! UMNO boleh menang dengan bantuan rakyat bukan ahli UMNO. Fikir-Fikirkanlah.

Kesimpulan, EGM UMNO hari ini adalah EGM yang merosakkan dan membazir. Saya ramal ROS akan tolak EGM ini.

Penganalisa Politik


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...