EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Rosakkan karya mural pemimpin negara, PDRM buru dua suspek wanita

0 month ago, 22-Jul-2020

Berhubung dengan insiden vandalisme yang berlaku pada lukisan mural para pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lorong Taman Cahaya Alam yang menjadi lokasi lukisan mural para pemimpin negara mendedahkan dua suspek yang terlibat dengan aktiviti vandalisme.

Berdasarkan rakaman CCTV, terdapat sebuah kereta di sebelah lorong lukisan mural yang terletak di Seksyen U12, Shah Alam itu, sebelum kelibat dua individu berkenaan muncul.

Koko Media/Facebook

Kedua-dua suspek wanita itu dilihat berjalan secara santai ke arah lokasi mural sebelum bertindak mencontengnya dengan kata-kata yang tidak sepatutnya menggunakan cat semburan.

Mereka kemudian hilang daripada lorong di mana lukisan mural itu berada dan kembali ke jalan utama setelah perbuatan mereka itu selesai.

Walaupun dalam keadaan gelap, mereka dapat dilihat dengan mudah kerana mengenakan pakaian berwarna cerah dan kedua-duanya berambut panjang salah seorang mengikat rambutnya.

PDRM/Instagram

Video yang tular di laman media sosial tersebut diakui keasliannya oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Twitter

Menurutnya, rakaman itu diperolehi daripada kamera CCTV sebuah kedai yang berdekatan.

Tambahnya, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 504/427 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari lima, denda, atau kedua-duanya.

Mereka yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi ASP Yong Meng Heng di talian 019-5753399 atau pergi balai polis terdekat, katanya.

Rosakkan karya mural pemimpin negara, PDRM buru dua suspek wanita Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...