EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ronnie Sullivan: Hamilton Tak Layak Dapat Knighthood, Kerana Kereta Dia Yang Power

0 month ago, 20-Nov-2020

Legenda snooker, Ronnie OSullivan mengecam petisyen yang dilancarkan oleh warga Britain dan disokong beberapa tokoh kenamaan agar Lewis Hamilton diberikan pingat kebesaran kesatria / knighthood oleh ratu Inggeris.

Ini kerana menurut Sullivan, Lewis Hamilton bukannya salah seorang atlet terhebat sepanjang zaman dalam sejarah Britain. Walaupun Hamilton baru sahaja menyamai pencapai Michael Schumhacher dengan 7 kejuaraan dunia, namun Sullivan menegaskan pelumba itu beraksi dalam sukan yang tidak ada persaingan.

Congratulations to record-equalling seven-time @F1 World Championship title winner @LewisHamilton along with a record number of race wins, what an incredible achievement! ???????? pic.twitter.com/uzTXQC8Yj7

The Royal Family (@RoyalFamily) November 16, 2020

Sullivan yang memiliki 6 kejuaraan dunia dan 20 Triple Crown Series tidak percaya ada pihak yang cuba menjulang nama Lewis Hamilton setinggi itu.

Hamilton sebelum ini sudah menerima darjah MBE pada 2008, selepas kejuaraan F1 pertamanya. Dan Sullivan mempersoalkan adakah Hamilton boleh dikira antara atlet terhebat, sebarus dengan nama seperti Andy Murray, Sir Mo Farah ataupun Chris Froome.

The Rocket (gelaran Sullivan) menegaskan, kejayaan Hamilton bergantung kepada kereta Mercedes yang dipandunya yang jauh lebih hebat daripada kerata lain. Dan tidak ada kena mengena dengan kehebatan Hamilton.

OSullivan berkata: Sukar untuk kita mengiktiraf dia sebagai salah seorang ikon sukan di negara kita.

Banyak sukan yang saya tonton, dan ramai atlet mengecapi kejayaan, dan kamu harus melihat tahap padang tempat yang dia bermain.

Ronnie O'Sullivan rages at Lewis Hamilton knighthood demands 'NOT a level playing field!' https://t.co/GKv0U7O8o7

UKOAP (@UKOAP) November 18, 2020

Jika kamu ada kereta yang jauh lebih hebat sehingga 2 pusingan lebih laju daripada pelumba lain. Secara teorinya dia hanya bersaing untuk menewaskan rakan sepasukannya[Valtteri] Bottas itupun, Bottas nampak ok je menjadi pelumba kedua.

Kejayaan dia tidak akan pernah sama seperti pemain tenis seperti Federer yang beraksi di padang yang sama rata dengan yang lain, atau [Eliud] Kipchoge yang berlari di padang yang sama dengan pelumba lain.

Snooker pun sama [bermain di meja yang sama], dalam tinju ada beberapa petinju yang mengelak lawan yang kuat, maka sangat sukar untuk mereka mendapat kredibiliti kecuali mereka menewaskan yang terbaik.

Saya cuma membicarakan sukan sukan yang tidak ada kelebihan [berat sebelah].

Di mana kamu tidak boleh memilih lawan ataupun memiliki peralatan sukan yang lebih baik. Jadi bagi saya, contoh yang terbaik untuk dilihat adalah seperti [Roger] Federer, [Rafael] Nadal, [Novak] Djokovic, Phil Taylor in darts, Tiger Woods, [Lionel] Messi, [Cristiano] Ronaldo.. mereka ni semua ada untuk disaksikan.

Saya tak akan merasa senang dalam karier saya di dalam snooker jika saya bermain di meja yang poketnya lebih besar daripada lawan saya.

Sekurang kurangnya dalam sukan snooker, semua orang pakai kelengkapan yang sama dan ianya sama sekali satu padang yang rata. Saya tak pernah memilih siapa lawan saya di atas meja snooker.

Ianya pencapaian luar biasa, Lewis memenangi kejuaraan dunia ketuju, namun jika kamu memiliki kereta yang jauh lebih laju, kamu boleh melakukan beberapa kesilapan dan bangkit segera.

Hamilton dengan kereta Mercedesnya ibarat memandu suka suka sambil memegang rokok di tangannya, dan tangan sebelah lagi di stereng.



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...