EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ronaldo kena kutuk pakai kelengkapan bernilai RM6,600

0 month ago, 28-Jun-2020

CRISTIANO Ronaldo diejek rakan sepasukan selepas mengenakan kelengkapan jenama Louis Vuitton bernilai 1,250 (RM6,600).

Penyerang Juventus berusia 35 tahun itu memuat naik gambar memakai kelengkapan berwarna warni bersama kapsyen: "Memulakan minggu ini dengan suasana positif dan gaya menarik."

Di sebalik seluar pendeknya berharga 595 (RM3,150) dan baju Hawai bernilai 655 (RM3,468), Ronaldo masih menerima kritikan daripada bekas serta rakan sepasukan terkini iaitu Leonardo Bonucci and Medhi Benatia.

Bonucci menulis komen pendek: "Sangat luar biasa."

Benatia yang meninggalkan Juventus dan menyertai kelab Qatar, Al-Duhail pula berkata: "Saya tak faham gaya anda."

Ronaldo menjaringkan gol dalam kedua-dua kemenangan di Serie A selepas liga disambung semula.

Pengurus Juventus, Maurizio Sarri memuji aksi konsisten bintang Portugal itu dan mengakui pemain itu cukup penting.

"Dia adalah salah seorang penyerang terbaik di dunia ketika ini. Dia cukup penting untuk kami pada musim ini," katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...