EdisiViral.Com Search Guest Post Login

KVL M4: AZE FC Rompak Shah Alam United Untuk Menang 2-1

0 month ago, 15-Aug-2019

Bola sepak sememangnya kejam apabila gol minit-minit akhir memberikan AZE FC kemenangan 2-1 ke atas Shah Alam United yang jauh lebih dominan sepanjang perlawanan.

Sekitar minit ke-13, AZE FC mendapat gol pendahuluan menerusi elemen nasib. Syimir Hazim mencuba nasibnya dengan rembatan jarak jauh. Apa yang sepatutnya menjadi rutin tangkapan buat penjaga gol bertukar menjadi bencana buat M. Vikneswaran. Posisi beliau yang salah menggagalkan usahanya untuk menyelamatkan percubaan tersebut.

Syimir hampir-hampir menggandakan golnya pada minit ke-21 apabila hantaran cantik Hazwani Abd Karim menemui larian bijaknya dari tengah. Tetapi Syimir gagal apabila percubaannya lemah dan tepat ke arah penjaga gol.

SA United yang menguasai perlawanan berpeluang menyamakan kedudukan dengan bergaya sekiranya sepakan kencang jarak jauh Abdul Raqiq rendah beberapa inci ke bawah. Selain daripada itu, usaha United selalunya digagalkan oleh hantaran akhir yang tidak tepat.

Bagi AZE pula, pendekatan konvensional mereka ada bahayanya terutama sekali menerusi larian kencang penyerang mereka. Jika tidak kerana pintasan-pintasan hantaran baik daripada pertahanan tengah United, mereka boleh ketinggalan lebih banyak lagi.

SA United akhirnya berjaya menemui gol penyamaan mereka pada separuh masa kedua. Hantaran Azeez Akeem menemui pemain gantian, Sharul Nizam di sebelah kanan. Nizam kemudiannya menjaringkan gol penyamaan menerusi percubaan luar kasut (outside of foot) menarik.

7 minit kemudian, Tony Bosambe melorongkan bola untuk Aiman Ammer yang berjaya menewaskan perangkap ofsaid AZE. Tetapi Aiman mengecewakan SA United apabila gagal menyudahkan peluang 1v1 menentang penjaga gol AZE.

Di sebalik dominasi SA United, AZE berpotensi mengecewakan lawan mereka lebih awal apabila tandukan Hazwani Abd Karim mendarat ke kaki Che Baihaqi Irfan. Baihaqi bagaimanapun gagal menyempurnakan peluang tersebut dengan kemas dan yakin.

AZE perlu bersujud syukur atas rezeki yang diberikan Tuhan kepada mereka dalam perlawanan ini.

Kesibukan SA United menyerang pada lewat permainan membolehkan Hazwani Abd Karim mencuri bola sebelum menyerang balas. Hantaran lintang rendahnya kemudiannya ditampan oleh pertahanan United, Suffian Said ke gawang sendiri untuk memberikan 3 mata berharga buat AZE.


SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com