EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Roller-Coaster Jepun Antara Terpantas Di Dunia Diarah Tutup Selepas Penumpangnya Patah Tulang

0 month ago, 27-Aug-2021

Sebelum ini permainan roller-coaster di Jepun antara yang terpantas di dunia telah menjadi viral kerana pengunjung yang menaikinya diminta untuk menjerit dalam hati sahaja bagi mengelak penyebaran wabak Covid-19.

ARTIKEL TERDAHULU: Kenapa Lepas Ni Dah Tak Boleh Menjerit Kalau Naik Roller Coaster Di Jepun?

Namun kali ini roller-coaster Do-Dodonpa di Fuji-Q Highland yang terletak berhampiran Gunung Fuji itu sekali lagi menjadi tumpuan apabila ia diarahkan tutup selepas beberapa penumpangnya dilaporkan mengalami patah tulang sewaktu menaikinya.

Menjadi antara roller-coaster yang paling laju di dunia, tidak hairanlah permainan ekstrem itu boleh memecut dari sifar kelajuan sehingga 180 kilometer sejam, hanya dalam masa 1.56 saat sahaja!

Bagaimanapun, sejak Disember lepas permainan itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 4 penumpang mengalami patah tulang.

Malah ada laporan tempatan mendedahkan terdapat 9 penumpang lagi turut mengalami kecederaan lain selepas menaiki roller-coaster tersebut.

Kesemua kes berkenaan kini masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.

: BBC



SUMBER : rileklah.com



Live Website Traffic


loading...