EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

ROKET BEDIL KABUL, TIGA TERBUNUH

0 month ago, 21-Nov-2020

Gambar: Twitter

KABUL: Siri serangan roket membedil Kabul pagi Sabtu waktu tempatan dan meragut nyawa lapan orang awam dan menyebabkan beberapa lagi mengalami kecederaan.

Menurut laporan media antarabangsa, letupan itu berlaku berdekatan dengan kawasan diplomatik. Bunyi siren amaran dari kawasan kedutaan turut kedengaran.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri mengesahkan tiga orang awam telah terbunuh dalam serangan itu dan 11 yang lain cedera.

Pagi ini, anggota disyaki pengganas melepaskan tembakan 14 roket di Kabul dari sebuah trak kecil, kata Arian.

Gambar: Wakil Kohsar / AFP

Bagaimanapun, seorang pegawai kementerian kesihatan mendakwa lima mayat dan 21 yang cedera dibawa ke hospital dari kejadian itu.

Jurucakap polis Kabul, Ferdaws Faramarz mengesahkan jumlah kematian dan perincian yang sama, dan mengatakan beberapa roket telah dilepaskan ke ruang udara Kabul.

Taliban menafikan keterlibatan mereka dalam serangan tersebut.AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...