EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Roadblock akan ditambah menjelang Ramadan, elak rentas negeri berlaku

0 month ago, 05-Apr-2021

Menjelang bulan Ramadan yang tidak berapa hari lagi, pastinya ramai yang sedang merangka perjalanan untuk cuba-cuba merentas negeri bagi meraikan bulan mulia itu di kampung.

Oleh itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan tegas memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap individu yang dikesan cuba merentas negeri dengan tujuan tersebut.

Menerusi Harian Metro, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, pihaknya akan memastikan pemeriksaan ketat dilakukan di setiap sekatan jalan raya (SJR) dan hanya mereka mempunyai dokumen perjalanan lengkap dibenarkan merentas negeri.

Hal ini kerana beliau percaya pasti akan ada peningkatan kes cubaan merentas negeri memandangkan bulan Ramadan dijangka bermula pada 13 April 2021.

Pelbagai cara digunakan orang awam untuk rentas negeri balik ke kampung jadi di peringkat PDRM kita akan memperketatkan semua pemeriksaan di SJR bagi memastikan tiada yang terlepas.
Kalau ada terjumpa juga, tiada nasihat diberikan malah tindakan undang-undang akan terus diambil ke atas individu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP), katanya, katanya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa sehingga kini sebanyak 35 SJP telah diadakan di setiap pintu masuk dan keluar sempadan negeri di seluruh negara dan akan ditambah lagi jika terdapat peningkatan kes harian Covid-19.

Kita akan tengok jumlah peningkatan kes harian Covid- 19 kalau meningkat, maknanya kita akan menambah SJR, katanya.

Tiada kompromi lagi kepada pihak yang sengaja menyalahgunakan kebenaran diberikan hanya kerana mahu menyambut Ramadan di kampung.

Menurut Zainal Abidin lagi,pihaknya tidak mahu sekiranya terdapat lagi individu yang tidak mengambil berat akan SOP ditetapkan.

Adakah kita akan terus kekal sebegini selamanya kerana masih terdapat sikap tidak mengambil berat akan SOP.
Jadi sama-sama patuh SOP supaya kita dapat balik raya, katanya.

Hal ini diulas Zainal Abidin selepas menghadiri selepas Majlis Pelancaran Satu Taman Satu Polis Dan Fokus PDRM Kontinjen Melaka 2021 di Melaka.

: Harian Metro (Nuraliawati Sabri)



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...