EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Rugi RM70k, Andi Bernadee Buat Laporan Polis Didakwa Kena Aniaya Dengan Rakan Baik

0 month ago, 25-Aug-2021

Penyanyi dan juga penyanyi, Andi Bernadee telah membuat laporan polis setelah ditipu rakan baik yang juga merangkap pembantu peribadinya pada pagi rabu lalu.

Advertisement

Kata Andi, dia telah mengalami kerugian sebanyak RM70,000 di mana ia difahamkan melibatkan isu pecah amanah.

Dakwanya lagi, individu tersebut telah menggunakan aplikasi WhatsApp miliknya untuk berkomunikasi dengan ramai orang yang melibatkan transaksi bayaran.

Kes yang saya laporkan ini melibatkan pecah amanah. Dia sudah kacau periuk nasi saya, malukan saya, fitnah dan burukkan saya dekat produksi serta kawan-kawan saya. Sedangkan dia telah songlap duit saya Saya langsung tak dapat duit hasil kerja saya tahun ini hampir RM70,000. Duit itu merupakan bayaran saya berlakon dan bekerja untuk syarikat baju. Dia manipulasikan WhatsApp saya dan hantar kepada client..client percaya, buat transaksi bayaran itu kepada akaun peribadi dia.

Andi kelihatan hadi di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, bersama pengurus, Nasir Deraman serta peguamnya, Faizal Rahman.

Jelasnya lagi, dia pernah bertemu secara bersemukan dengan individu tersebut dalam usaha untuk menyelesaikan masalah namun tidak menerima respon yang baik.

Advertisement

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kais Pagi Kais Petang ini mengakui dirinya senyap dari media sosial kerana terlalu serabut dengna masalah tersebut.

“Saya ada tanggungan keluarga. Apa yang berlaku ini memberi kesan kepada keluarga saya. Apabila mak saya bertanya..saya terpaksa tipu kata duit saya hilang..” ujarnya mengakhiri bicara.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Rugi RM70k, Andi Bernadee Buat Laporan Polis Didakwa Kena Aniaya Dengan Rakan Baik first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...