EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Rizab Antarabangsa Papar Peningkatan Catat Jumlah RM456.63 Bilion

0 month ago, 09-Jun-2021

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) setakat 31 Mei lalu, telah memaparkan peningkatan kepada RM456.63 bilion (AS$110.9 bilion).

Berdasarkan paras ini, ia berupaya menampung 8.4 bulan import tertangguh dan membiayai 1.1 kali jumlah hutang luar negeri bagi jangka masa pendek.

Sementara itu, rizab mata wang asing pula mencatatkan nilai tertinggi pada komponen utama rizab antarabangsa pada paras RM424.93 bilion (AS$103.2 bilion).

Manakala rizab IMF pula pada nilai RM5.76 bilion (AS$1.4 bilion), SDR hak pengeluaran khas RM4.94 bilion (AS$1.2 bilion), emas RM8.64 bilion (AS$2.1 bilion) dan aset rizab lain RM12.35 bilion (AS$3.0 bilion).



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...