EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Rezeki Tanpa Sempadan, Pengasas Denaihati Network kongsikan kejayaan dalam dunia digital

0 month ago, 11-Oct-2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Walaupun usia meningkat, kita perlu mengikut perkembangan digital supaya tidak ketinggalan. Apabila ia tinggalkan kita, ia tiada akan pandang kita dan terus berjalan.

Demikian kata ikon blogger dan pengasas Denaihati Network Sdn Bhd, Hj Amir Hassan yang akan berkongsi rahsia kejayaannya dalam dunia digital pada sesi Bersama Tokoh sempena program Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH) 4.0 pada 12 Oktober ini.

Penglibatan beliau dalam media sosial adalah menyampaikan ilmu kepada pembaca termasuk berkongsi tips bisnes di FB peribadi beliau. Ini selari dengan hadis yang menyatakan apabila seorang Muslim meninggal duni, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.

best micro blog msmw2014
Pelbagai anugerah dalam bidang blog dan sosial media
Forum Blogger di Ekspo Buku Malaysia 2016

Anak kelahiran Segamat, Johor itu pernah menjadi pengusaha katering dan restoran.

Beliau berhijrah ke bidang baharu apabila mendapati persaingan semakin hebat dalam industri katering pada awal tahun 2000.

Saya banyak mengikuti seminar dan program perniagaan. Daripada situ, saya didedahkan industri masa hadapan iaitu dunia digital. Bermula dengan kosong, saya belajar melalui seminar, rakan, Google dan bacaan buku.

Dalam masa enam bulan mengumpul maklumat, saya membuka laman sesawang sendiri untuk memasarkan produk. Apabila zaman blog, saya menjadi blogger pada tahun 2006 dan membangunkan blog denaihati.com pada 2008.

Kini, sosial media Denaihati Network mempunyai pengikut lebih 3 juta dan sering membantu usahawan memasarkan produk mereka.

Rumah 1001 kenangan

Di sebalik nama Denaihati, kisah latar belakang kehidupan Amir menjadi inspirasi pengikutnya tentang kepentingan ilmu dalam mencapai kejayaan. Beliau tidak malu mengaku berasal dari keluarga susah namun mampu pergi jauh pada era dunia tanpa sempadan.

Masih teringat kisah zaman Susah dulu naik motor kapcai jadi motovasi untuk lebih berjaya.

Kedua orang tua saya berkata, mereka tiada harta untuk diberikan kepada anak. Apa yang boleh adalah ilmu untuk kejayaan di masa hadapan. Oleh itu, ayah berkerja kuat siang dan malam untuk pastikan anak-anak dapat pendidikan yang sempurna,” katanya.

Perkongsian peneraju Denaihati ini dalam sesi Bersama Tokoh pada program RICH 4.0 secara offline diadakan di Kumpulan Media Karangkraf dan secara online di FB LIVE World QuranHour pada 6.30 pagi esok.

Orang ramai turut dijemput menyertai RICH pada jam 4.30 pagi hingga 7.30 pagi. Aktiviti tersebut bermula dengan bacaan ayat Al Quran dan bertadabbur ayat pilihan oleh Jurulatih Utama Akademi Sinergy Ikhlas Sdn Bhd, Ustaz Harfiz Hamzah. Diikuti dengan solat sunat, solah subuh berjemaah dan Sesi Bersama Tokoh.

Sila daftar di http://bit.ly/RICH1441H


SUMBER : denaihati.com



Live Website Traffic


loading...