EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Rezeki baru kahwin.. Wanita genit didukung suami, kereta mewah jadi perhatian

0 month ago, 02-Apr-2021

Sebelum ini, tular kisah mengenai pasangan pengantin baharu yang mempunyai ketinggian ketara menerusi perkongsian gambar dan video di aplikasi TikTok.

Menurut laporan media, pengantin wanita Syakila Norazma Amira Zuharsema memiliki ketinggian 118 sentimeter manakala suaminya, Muhammad Azri Zaidi berketinggian 154 sentimeter.

Terbaru, wanita berusia 27 tahun itu memuat naik sebuah video memaparkan dirinya duduk di atas bumbung kereta sebelum didukung suaminya dan dibawa masuk ke dalam kenderaan jenis Nissan GTR tersebut.

@buyahhh

alhamdulillah rezeki baru kahwin???? #fyp

? Anugerah Syakir Daulay

Menerusi kapsyen, Syakila atau mesra dipanggil Yaya seolah-olah memberitahu bahawa mereka memiliki sebuah kereta baru yang menganggap rezeki selepas dua minggu mendirikan rumah tangga.

Alhamdulillah rezeki baru kahwin,tulis wanita yang menetap di Ajil, Terengganu itu.

Rakaman video berdurasi 43 saat itu meraih 171,000 tontonan selain ratusan komen netizen termasuk tular dalam kalangan pengguna Indonesia yang memberikan pelbagai reaksi terhadap pasangan tersebut.

Rata-rata menulis mengenai tindakan si suami mendukung isterinya yang kelihatan seperti adik-beradik selain mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.

Kalau dah cinta, semua kekurangan pasangan pasti akan diterima! Tak kisah soal rupa, asalkan terus bahagia. Tak gitu?

: TikTok @buyahhh



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...