EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Dia Cari Rezeki Kuat, Bantu Emak Dan Adik Ustaz Ebit Lew Kongsi Kebaikan Arwah Abam

7 month ago, 11-Feb-2020

Semalam, industri seni tanah air telah dikejutkan dengan pemergian pelawak terkenal iaitu Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang meninggal dunia selepas mengalami demam panas selama beberapa hari.

abam bocey

Arwah dikenali sebagai seorang yang sangat baik hati, peramah serta mesra dan pemergiannya secara mengejut bukan sahaja sukar untuk diterima oleh ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan dalam industri hiburan tetapi turut memberikan kesan yang mendalam buat seluruh rakyat Malaysia.

Ratusan hadir solat jenazah Abam

ratusan solat jenazah abam bocey solat jenazah abam bocey solat jenazah abam bocey

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan di media sosial, dapat dilihat ratusan hadir memenuhi masjid Gombak Utara bagi bersama-sama menunaikan solat jenazah buat Abam.

Sahabat yang baik, kuat cari rezeki untuk ibu dan adik

View this post on Instagram

Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Sahabat yang baik. Walau beberapa kali berjumpa. Kami selalu bermesej. Abam nak ikut pergi tepi jalan berdakwah dan bagi orang makan. Katanya saya sayang ustaz teruskan dakwah yer ustaz dengan kasih sayang. Semua orang rindukannya. . Saya tanya apa rahsia rezeki melimpah ruah. Sedih dengar betapa sayangnya pada ibunya. Asyik menangis masa balik tabir bersama ibunya dan isterinya masa tu. Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik. Sponsor adik kahwin. Semua dah kahwin baru abam kahwin. Betapa susah mak menjaga masa kecil. Dia sebak masa sebut semua tu. Ya Allah. . Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey semoga Allah ampunkan semua dosa dan beri syurga Firdaus buat dirinya. Semoga ibu, isteri dan anaknya yang comel sangat serta seisi keluarga kuat yer. Allah sayang semuanya-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Turut berduka dan berkongsi ceritanya, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew menerusi akaun Instagramnya menceritakan tentang keperibadian arwah.

Abam sering menyuarakan hasratnya untuk ikut berdakwah dan merupakan seorang anak yang baik, berusaha kuat mencari rezeki untuk membantu emak dan adik beradiknya.

abam bocey

Betapa mulianya pemergiaan Abam ramai sungguh yang datang solat jenazah. Jemaah memenuhi setiap ruang masjid seperti solat Jumaat. Ramai orang yang sayangkannya. Takziah diucapkan kepada keluarga dan sahabat handai atas kehilangan Abam.


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...