EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Rezeki Allah Bukan Sekadar Wang Ringgit

0 month ago, 15-Jan-2020

Assalammulaikum dan salam sejahtera

Setiap manusia sudah dijamin rezekinya oleh Allah. Ia tidak hanya dikatakan sebagai wang ringgit tetapi pengertiannya amat luas sekali.

Ada yang runsing dan sering mempertikaikan masalah rezeki yang dimiliki. Mereka merungut kerana sudah bertungkus-lumus mencari rezeki namun kehidupan masih tidak berubah.

Bukan bermakna kalau kita tidak dapat rezeki wang Allah tidak menyayangi kita tapi Allah beri kita yang terbaik.

Sebagai hamba Allah yang beriman, anggaplah semua itu dugaan serta cabaran untuk menjadikan diri lebih kuat dan cekal berusaha. Allah berfirman di dalam surah Ali-Imrah ayat 27 :

“Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”

Rezeki itu dikurniakan dalam bermacam-macam bentuk. Antaranya ialah:

1- Ilmu yang luas dan bermanfaat untuk diri dan orang lain.

2- Hidayah atau petunjuk yang dikurniakan kepada siapa saja dikalangan hambaNya.

3- Nikmat iman dan Islam.

4- Kefahaman dalam agama sebagai petanda ALLAH ingin rezekikan kebaikan pada-Nya.

5- Persekitaran yang baik saperti kawasan kejiranan, tempat kerja, sahabat-sahabat, keluarga yang baik mendorong seseorang jadi baik dan soleh.

6- Dicukupkan keperluan meliputi makan minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, keperluan pendidikan dll. Kadang-kadang ALLAH cukupkan walaupun dia berpendapatan sederhana rezeki.

Luaskan pemikiran dan pengertian kita tentang rezeki. Insya-Allah, rezeki Allah itu Maha luas.

Dah baca? Klik share ????


SUMBER : denaihati.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...