EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[REVIEW] Buffet Ramadan Ala-Ala Bazar Di Hotel Sheraton Petaling Jaya

0 month ago, 05-Apr-2021

Tinggal lagi seminggu sahaja sebelum kita kembali ke topik Nak makan apa untuk berbuka? setiap hari.

Tak dinafikan pada bulan Ramadan tak semua orang sempat untuk memasak juadah berbuka. Tambah-tambah lagi mereka yang bekerja, memang tiada masa untuk masak!

Bagi yang tak sempat masak dan runsing untuk berbuka dengan juadah menu apa, Wanista cadangkan kamu berbuka dengan buffet Ramadan di Hotel Sheraton Petaling Jaya.

Dengan harga yang berpatutan dan pelbagai jenis juadan yang disediakan, memang berbaloi berbuka puasa di sini.

Terapkan konsep buffet Ramadan ala-ala bazar

Kalau sebelum ini kita boleh ke bazar Ramadan untuk mencari juadah berbuka. Tetapi disebabkan oleh pandemik yang melanda seluruh negara, bazar tidak lagi boleh dikunjungi.

Tetapi jangan risau kalau tak boleh pergi ke bazar kerana Hotel Sheraton Petaling Jaya telah gunakan konsep bazar ke dalam buffet Ramadan mereka.

Foto Arkib Wanista
Foto Arkib Wanista
Foto Arkib Wanista
Foto Arkib Wanista

Sepanjang bulan Ramadan, setiap minggu menu akan berubah-ubah. Tetapi menu Ketam Masak Lemak dan Kambing Panggang boleh dinikmati setiap hari.

Foto Arkib Wanista

Juadah buffet Ramadan ini disediakan di dua tempat yang berbeza iaitu Coffehouse/Feast atau di Ballroom.

Bagi harga pula:

  • Coffeehouse/Feast [Harga asal: RM138]

Untuk early bird, kamu hanya perlu bayar sebanyak RM118 seorang yang dijual dalam bentuk baucer bagi 2000 keping sahaja.

IKLAN

  • Ballroom [Harga asal: RM98]

Dijual dalam bentuk baucer sebanyak 3000 keping untuk early bird, kamu hanya perlu membayar sebanyak RM88 sahaja untuk seorang.

Boleh Pesan, Bungkus Dan Bawa Pulang

Untuk pengetahuan kamu, selain di hotel kamu juga boleh memesan juadah berbuka untuk berbuka di rumah bersama keluarga atau rakan.

Hotel Sheraton Petaling Jaya juga telah menyediakan pakej juadah berbuka yang berbeza setiap minggu untuk pakej 2 orang sehingga 5 orang.

Foto Arkib Wanista

Bagi kamu yang mahu memesan juadah berbuka di rumah, setiap juadah ini mengandungi 4 jenis menu utama yang boleh dipilih dan dilengkapkan dengan 3 menu tambahan.

Antara menu utama (*) dan tambahan adalah:

  • Pembuka selera* pilih 1 daripada 3 pilihan dengan sate
  • Hidangan utama* pilih 3 daripada 4 pilihan
  • Sayur* pilih 1 daripada 4 pilihan
  • Nasi* pilih 1 daripada 3 pilihan
  • Hidangan tambahan pencuci mulut, sos pencicah/sambal, hidangan sampingan (telur masin, ikan masin atau ulam)
Foto Arkib Wanista

Harga bagi setiap pakej:

  • Hidangan 2 orang RM 158
  • Hidangan 5 orang RM 258

Setiap set dan juadah secara individu boleh dipesan melalui WhatsApp 017 228 6098 atau kamu boleh menelefon 03 7622 8888.

Pesanan terakhir adalah pada pukul 5 petang dan penghantaran akan dibuat pada pukul 6 petang.

Pakej Eksklusif:

Sempena bulan Ramadan, Hotel Sheraton Petaling Jaya telah memberikan pakej bilik eksklusif dengan harga bermula pada RM320+ semalam termasuk dengan pakej sarapan pagi/sahur dengan daftar keluar lewat sehingga pukul 4 petang.

Bagi kamu yang mahu membuat tempahan untuk berbuka puasa di Hotel Sheraton Petaling Jaya, kamu boleh hubungi 03 7622 8658 atau email [TEKAN SINI].



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...