EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Haru Return of Superman Dah Besar Panjang, Makin Bergaya Dan Cantik

0 month ago, 10-Oct-2019

Siapa di sini peminat rancangan televisyen Return of Superman?

Selain Song Triplet Manse, Minguk dan Daehan, seorang lagi kanak-kanak perempuan yang tidak kurang hebat popularitinya adalah Haru, anak perempuan anggota kumpulan Epik High Tablo.

Baca :Kanak-Kanak Kesayangan Korang Song Triplets Dah Besar Panjang La

Masih penulis ingat Haru seorang kanak-kanak perempuan yang comel dan pemalu, lagi-lagi bila berinteraksi dengan orang yang baru dijumpa. Bukan itu sahaja di awal kemunculan, Haru sering tersilap dikatakan budak lelaki kerana mempunyai rambut yang sangat pendek.Tapi siapa sangka dia kini sudah meningkat remaja tinggi lampai, comel, cantik bahkan makin pandai bergaya.

Foto Youtube

Foto Youtube

Walaupun Haru tidak lagi berada dalam spotlight, perkembangan Haru dapat dilihat menerusi update harian di Instagram Tablo. Sekarang di usia 9 tahun, Haru sudah pandai merias kuku, mewarnakan rambut, fesyen yang swag serta bermacam lagi anak gadis ini lakukan.

Bukan itu sahaja, perkembangan harian Haru turut mendapat reaksi peminat yang seperti tidak percaya Haru sudah meningkat besar dan rata-rata ingin terus mengikuti perjalanan hidup Haru.

Bila tengok Haru sekarang, terasa penulis dah tua sangat Oh nooo, dah masuk 3 series!!


SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...